Pelbagai
spekulasi yang timbul berhubung isu yang berlaku di Syria. Tidak seperti
kebangkitan rakyat yang berlaku di Tunisia, Mesir dan Libya yang menumbangkan
Rezim Pemerintah di negara mereka, ternyata Rezim Assad lebih “LIAT”.
Seolah-olah beliau dan kepimpinannya dilindungi oleh ‘Kuasa Besar’.
Apa yang ane ingin
coretkan dalam artikel ini bukanlah mau meributkan lagi spekulasi, cuma ane mau
berkongsi kepada kalian semua perilaku Si Rezim Assad yang namanya layak
bersama Firaun, Namrud dan Qarun.
Kau lihat ini kawan???
Rakyatnya dipaksa untuk sujud kepada gambarnya
Nau’zubillah!!
Kau bayangkan, Surah Al-Ikhlas ditukar sedemikian rupa dengan memasukkan
namanya. Islamkah lagi ini kawan?
Dr. Khalid Hassan Al-Hindawi |
Ada yang
berkata, pemberontakan rakyat Syria ini ditaja oleh Nato, EU, Amerika, Mossad
bla bla bla…
Sedangkan
inilah realitinya. Mari aku kongsikan lagi kepada kalian.
Baca ini
teman-teman, perkongsian dari pembantu khas Yusuf Al-Qaradhawi, Dr Khalid
Hassan Al-Hindawi :
Syeikh Dr Khalid Hassan Al-Hindawi, pembantu khas Dr Yusuf al-Qardhawi, telah diamanahkan Ketua Ikatan Ulama Islam Antarabangsa itu untuk memberitahu berita dan hal sebenar yang berlaku di Syria. Beliau yang baru sahaja melawat Indonesia diminta oleh Dr Yusuf al-Qardhawi untuk ke Malaysia. Seperti mana revolusi yang sedang berlaku di Yaman dan Syria, beliau juga mengharapkan agar di Malaysia juga berlaku perubahan yang lebih baik khususnya dalam kalangan umat Islam.
Menurut
beliau, revolusi bermula di Hama, kemudian merebak ke bandar-bandar lain
seperti di Dar’aa, Hauran, Halab bahkan sehingga ia berlaku di 157 tempat di
Syria menentang pemerintahan kejam Basyar Al-Assad.
Tambahnya,
golongan zalim tidak berhenti mengaburkan kebenaran, tapi mereka gagal, seperti
kata Ali r.a. “Pemerintah yang batil (zalim) itu hanya sementara tetapi
pemerintah yang benar kekal selamanya.”
Kata-kata Ali
r.a. bertepatan dengan firman Allah Subhanahu Wa Taala di dalam surah al-Israk
ayat 81:
“Dan
katakanlah: ”Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang
salah (kufur dan syirik); sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara
yang tetap lenyap.”
Dr. Khalid
melihat kerajaan Syria pimpinan Basyar Al-Assad dan orang yang sepertinya
sekarang berpolitik ala Firaun seperti mana yang dilakukan oleh pemerintah
Tunisia, Mesir, Yaman, dan Libya. Mereka mencuri harta-harta rakyat dan
memakannya dengan cara yang haram, memenjarakan rakyat sendiri, membunuh para
ulama, melakukan pembunuhan beramai-ramai, merogol dan mencabul kehormatan
wanita-wanita, menghalang perempuan beriman daripada memakai hijab serta
menindas orang yang lemah seperti orang tua dan kanak-kanak.
Dan mereka ini
tidak akan kekal seperti dalam surah ar-Ra’d ayat 17:
“Adapun
buih itu maka akan hilang lenyaplah ia hanyut terbuang, manakala benda-benda
yang berfaedah kepada manusia maka ia tetap tinggal di bumi. Demikianlah Allah
menerangkan misal-misal perbandingan.”
Beliau
menceritakan latar belakang sejarah Syria, yang merdeka daripada penjajahan
Perancis pada 1945, dan telah diperintah oleh anak bangsa Syria sendiri
sehingga zaman Hafez Al-Assad yang telah memerintah selama 32 tahun dan diikuti
oleh anaknya, Basyar Al-Assad yang kini memerintah selama 11 tahun.
Syria telah
menjadi negara yang diperintah oleh diktator. Syeikh Khalid menceritakan
tentang konflik berdarah di Hama pada tahun 1982 yang berlaku selama 27 hari,
mengorbankan hampir 46,000 ribu penduduk Hama yang merupakan penganut Ahlus
Sunnah Wal Jamaah (ASWJ).
Komposisi
rakyat Syria: 6% darinya adalah Syiah Alawiyah, 10% beragama Kristian dan 84%
Muslim ASWJ. Iran mempertahankan tindakan ganas rejim Hafez dan Basyar yang
membunuh rakyatnya sendiri, begitu juga Hizbullah di Lubnan yang menyokong tindakan
Hafez yang merupakan Syiah Alawiyah. Beliau seterusnya menyebut sifat-sifat
Syiah yang begitu membenci ASWJ, menghina Khulafa Ar-Rasyidin dan isteri-isteri
Rasulullah s.a.w. Sehingga hari ini Iran dan Hizbullah di Lubnan yang
berfahaman Syiah masih menyokong rejim Basyar di Syria.
Oleh yang
demikian, menjadi tanggungjawab kita untuk membela darah pemuda, pemudi dan
huffaz. Kita kena sokong revolusi di Syria, kena tunjukkan keberanian kita
menentang rejim zalim ini.
“Mereka
membenci ASWJ, dan Hizbullah di Lubnan juga menyokong mereka. Jadi kita perlu
menyokong saudara kita di Syria. Sekiranya Hizbullah berani menyokong Basyar
ini, kenapa kita tidak berani menyokong golongan yang mempelopori revolusi ini?”
tegasnya.
Fakta
kekejaman rezim Basyar terhadap revolusi di Syria sekarang menunjukkan kematian
8,500 orang penyokong revolusi, 39,000 orang cedera, sementara 19 doktor serta
40 orang pesakit sebuah hospital di Doma dibunuh dan 180,000 tahanan dalam
penjara diseksa yang mana 413 orang darinya mati dalam tahanan.
Dalam tempoh
lapan bulan, telah berlaku revolusi siang dan malam, rakyat menghadapi senjata
berat dan kereta kebal hingga rumah dan masjid dirobohkankan, wanita dibawa ke
tempat yang tidak diketahui, malah ada wanita yang diperkosa di hadapan suami
mereka sambil diikat.
Menurut Syeikh
Khalid lagi, seorang remaja perempuan di Homs, bernama Zainab Al-Husni, 23
tahun, ditangkap dan ingin diperkosa tetapi beliau melawan. Akhirnya beliau
dipotong empat dan dihantar kepada keluarganya. Ratusan kanak-kanak turut
dibunuh hingga ada yang dipotong-potong.
Beliau
menegaskan, ”Apakah kita perlu berdiam diri? Bagaimana kita harus bersabar
di atas taghut yang kejam ini!“
Rezim Basyar
juga telah memaksa kakitangan kerajaan untuk keluar berdemonstrasi menyokong
kerajaan untuk mengaburkan fakta dan memberitahu dunia bahawa rakyat masih
menyokong mereka. Kakitangan yang tidak menyokong kerajaan akan hilang
pekerjaan mereka.
Katanya,
pejuang yang terlibat dalam revolusi akan bersiap, berwuduk dan mandi dengan
wangian kerana mereka bersedia untuk mati syahid. Beliau menganggarkan 95%
rakyat Syria menentang rejim itu walaupun mereka ditakut-takutkan dan diugut
sekiranya turun menyertai revolusi.
Jelasnya, ada
maklumat yang silap difahami oleh bukan negara Arab yang menyangka kononnya
rejim Basyar sedang menyerang Israel sedangkan mereka tidak pernah menyentuh
Israel, tetapi mereka membunuh rakyat mereka sendiri. Malah kapal terbang
Israel boleh berada di atas istana Presiden tanpa diambil sebarang tindakan.
“Selama 43
tahun Bukit Golan diduduki oleh Israel tetapi regim Hafez Al-Assad dan ayahnya
tidak pernah membunuh walau seorang pun Yahudi, tetapi mereka telah membunuh
ribuan penduduk Hama yang terletak hanya enam kilometer dari Bukit Golan.”
“Maka di
mana buktinya bahawa rejim yang kejam ini menunjukkan permusuhan ke atas
Israel?” tanya beliau.
Beliau
seterusnya menegaskan bahwa terdapat perjanjian rahsia antara Syria dan Israel.
Basyar merupakan al-Assad (singa) kepada rakyat mereka tetapi penakut dengan
Israel.
Kekejaman
rejim Basyar terserlah sehingga jika ada tentera rejim yang tidak mahu menembak
ASWJ, mereka akan dipenjarakan dan dibunuh. Keadaan ini menyebabkan lebih 30,000
tentera Syria berpaling tadah meninggalkan rejim.
Beliau
seterusnya menyatakan fatwa Rabitah Ulama Syria oleh Dr Ali As-Sobuni bahawa
sekiranya tentera menyerang rumah penduduk, mereka hendaklah melawan walau
dengan sebilah pisau, dan mereka dihukumkan syahid sekiranya terbunuh
berdalilkan hadis berikut:
“Barangsiapa
terbunuh mempertahankan hartanya, maka dia syahid; barangsiapa terbunuh
mempertahankan ahli keluarganya, maka dia syahid; atau mempertahankan agamanya,
maka dia syahid ”(HR Abu Daud, An-Nasaie dan Tirmizi,
disahihkan oleh Al-Albani dan Ahmad dengan sanad yang Sahih).
Sebanyak 18
negara Liga Arab telah bersetuju untuk mengenakan sekatan politik dan ekonomi
ke atas Syria sehingga rejim Syria menghentikan kekejaman ke atas rakyatnya.
Begitu juga, negara-negara Persidangan Negara-negara Islam (OIC) turut memulau
Syria.
Revolusi di
Syria bersangkut-paut dengan tiga sebab utama iaitu penindasan rakyat lebih 40
tahun, kebangkitan rakyat di negara-negara Arab lain dan kemuncaknya adalah
insiden 20 remaja menconteng dinding dengan menulis “RAKYAT MAHU JATUHKAN
KERAJAAN”. Remaja-remaja itu ditangkap, diseksa, dicabut kuku, tangan dan kaki,
hingga seorang daripadanya meninggal dunia.
Apabila ibu
bapa kanak kanak itu datang untuk membebaskan anak-anak mereka dari penjara,
ketua polis penjara mengatakan kepada mereka:
“Kamu balik
sahajalah, lupakan anak anak-anak itu dan anggaplah mereka telah tiada…, jika
kamu hendak anak-anak lagi berikan kami isteri-isteri kamu (agar kami
rogol/ikat), hasil daripada itulah anak-anak kamu.”
Dari situlah
bermulanya demonstrasi yang semakin hari bertambah momentumnya dari hanya
ratusan ribu hingga pada hari ini 3 juta demonstran telah mengadakan tunjuk
perasaan di 157 bandar seluruh Syria mendesak Basyar berundur.
Syeikh Khalid
turut menjelaskan tentang pendirian Dr Sa’id Ramadhan al-Buti dalam politik
Syria. Menurutnya, Dr Sa’id adalah antara lima orang ulama yang menyokong rejim
berbanding 95% ulama yang menentang. Beliau menyifatkan Dr Sa’id sebagai ulama
yang ‘berilmu’ tetapi kurang tajam dalam perspektif politik.
“Tidak
hairanlah para pemuda di sana membakar buku-buku karangan beliau. Ramai lagi
ulama lain yang menulis buku sirah yang amilin. Jadikanlah ulama-ulama amilin
sebagai rujukan,” katanya.
Akhirnya,
beliau menyeru umat Islam membantu rakyat Syria, menyeru peranan mufakkir,
duat, asatizah untuk mengetengahkan dan sentiasa prihatin tentang isu di Syria,
menceritakan kepada masyarakat tentang kezaliman dan apa yang berlaku di Syria.
Beliau turut
menyarankan kepada para wanita yang solehah, untuk menceritakan kekejaman yang
berlaku kepada saudara perempuan mereka di Syria dan berdoa untuk mereka.
“Hendaklah
kamu berdoa untuk saudara-saudara kamu di Syria dengan ikhlas, siang dan malam
supaya Allah membantu mereka dan membebaskan mereka daripada kezaliman
pemerintah mereka.”
p/s: Bagi
sesiapa yang berkelapangan masa, dijemput untuk sama2 menghadiri Perhimpunan
Aman seperti dalam banner di atas. Harap dapat disebar2kan.. semoga usaha yang
sedikit ini dinilai oleh Allah sebagai salah satu amal kebaikan buat bekalan
kita di akhirat.. Sesungguhnya mereka2 yang ditindas di Syria sekarang ini
adalah saudara2 kita, ditindas oleh Syiah Bashar al-Assad.. sama2lah kita
doakan semoga perjuangan mereka akan dimenangkan, dan Syiah Bashar Assad dan
penyokong kekejamannya akan ditumbangkan.. insyaAllah, aamiin.
*Kalo untuk lebih lengkapnya, beli majalah
Sabili edisi terbaru Juni 2012, disitu ada juga gambar tentang masyarakat
sipil yang di kubur hidup2 n dsiksa karna tidak mau bersyahadat ala fir'aun
modern itu.. Ane kbetulan dah baca, coba deh..!!
0 komen..:
Post a Comment
Terima kasih atas partisipasi komentarnya... ^.^